Why Not - Part 2 -

Assalamualaikum

Maaf menunggu lama. Haha. Almaklumlah, Nak cari idea bukan senang. Sampai ke pantai aku cari haaa! Tengah bendang semua ada. Haha. ;) Selamat membaca. 

Part 2

"Farihah.............saya tak suka la belajar dekat sini. Im so bored sebab takda awak. Saya rasa macam lifeless. Bosan sebab kawan kawan saya dekat sini tak sama macam awak lah. Awak datanglah jenguk saya dekat sini. Huhu. Rindu awak even kita baru jumpa 2 minggu lepas. Err, sorry susahkan awak. Hihi. Tapi saya admit saya memang suka susahkan awak. Hehe" kata Faqihah sambil meletuskan ketawanya.

Petang itu Faqihah telah menelefon Farihah untuk melepaskan rindunya.

"Assalamualaikum...amboih awak ni sampai dah tak nyempat nak bagi salam nuh. Tahu tak bagi salam ni memang sunat tapi dapat pahala tau. Awak ni. Dah berapa kali dah saya pesan. Takkan lah saya ada dekat sisi awak baru nak ingat, bila tadak terus lupa apa yang pesan? Hmm?" mendatar sahaja suara Farihah.

Faqihah ni memang kena ditegur sebab dia memang selalu alpa. Kadang rasa macam nak pergi cuci otak dia pakai clorox! Entah apa jaa. Asyik lupa aja kerjanya. Sabor jelah.

"Hehe. Waalaikumusalam. Maaf Far! Saya janji tak buat lagi. Awak jangan marah saya. Nanti saya merajuk baru awak tau. Haa padan muka. Hmmm. Orang rindu dia, tapi dia buat tak faham jaa. Sedih aaa cenni." rengek Faqihah. Dia akui dia memang suka bermanja dengan Farihah. Dia menganggap Farihah ni macam kakak dia.

"Why not...nak merajuk , merajuk lah. Saya tadak masa nak pujuk. Dari pujuk awak lebih baik saya baca al Quran ke, hafaz surah ke. Lebih afdhal ok. Yea,tahu rindu. Macam tak kenal awak tu. Kita bestfriend 9 tahun dah ok. And one more thing kita dah besar ok. Takyah nak mengada sangat. I dont have time. Rindu nanti jumpa. Cuti Jumaat ni, saya pergi Universiti awak ok."

Inilah Farihah. Kalau cakap tu mesti menyakitkan hati. Padu jea. Dia ni jenis sikap dingin sikit. Benda remeh temeh memang dia takkan layan even orang tu rapat macam mana sekalipun dengan dia. Jangan mimpilah.

"Farihah! Eii, awak ni kan. Sabar jelah. Haha. Seriously, awak nak datang? Wahhhhhh! Ni buat saya sayang lebih ni. Muah! Muah! Ni tak jadi nak merajuk." Suka betul Faqihah dengar Farihah cakap nak datang. Huihui. Bahagianyaaaa hidup.

"Why not saya datang melawat orang meroyan tu. Haha. Oklah. Stop merapu. Jom tidur. Dah lewat ni. Esok jangan lupa bangun tahajud. Jangan lupa baca al Quran. Jaga diri kat sana. Jangan buat perangai tak elok. Jangan cepat terpengaruh. Goodnight! Loveyou! See yah! Assalamualaikum." balas Farihah sambil menutup mulutnya yang sedang menguap. Matanya sudah layu. Huhu.

"Alaaaa awak ni. Baru sembang sikit dah ngantuk. Oklah. Saya ingat apa awak pesan. Selamat malam. Goodnight jugak! Waalaikumusalam Farihah! jangan lupa mimpi saya! Muah!" Faqihah meletakkan telefonnya ke sisi sambil mata memandang ke syiling.

'Hailaa. Farihah, kadang menyakitkan. Kadang suka bajet ustazah. Kadang asyik nak dingin je. Kadang rasa macam kakak. Kadang rasa macam ummi. Kadang rasa macam, apahal aku kawan dengan dia ni. Aishhhhh! Berapa banyak kadang daaaa....' , monolog Faqihah.

'Kalau part dia ustazah tu aku memang tak boleh terima. Sebab kata dia pedas sangat. Haha. Dari dulu sampai sekarang memang menyakitkan. Dengan sikap dingin dia. Dengan kurang senyuman dia. Dahla garang nak mampus. Macam mana lah dia hidup kat Universiti dia.' Oupsssss! Terkutuk dalam hati pulak. Haha.

~

Faqihah di universiti lain, Farihah di universiti lain. Tetapi mereka still dalam satu negeri yang sama. Farihah selalu menjenguk Faqihah di universitinya. Nak harap Faqihah, memang sampai bila bila la mereka berdua tak berjumpa. Alasan yang seringkali keluar dari bibir Faqihah bila diminta datang ke universiti Farihah selalu aja berbunyi 'Saya sibuk. Tak sempat lah. Kalau pergi nanti duit keluar banyak. Awak la datang sini. Tak kesian ke dekat saya yang rindukan awak ni.'

Haha. Faqihah. Faqihah. Selalu aje pentingkan diri sendiri. Haa apa boleh buat. Nasib Farihah ni selalu tak kisah sangat. Apalah sangat kalau nak keluarkan duit beli tiket train untuk jumpa Faqihah. Untuk sahabatnya yang satu itu. Tak rugi pun. Nabi Muhammad s.a.w pun amat menyayangi sahabatnya.

Farihah mengambil buku dan telah terbaca satu ayat yang menarik hatinya "Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata katanya akan menambahkan ilmu agama dan melihat gerak gerinya mengingatkan tentang mati."
Farihah menutup buku itu dan berjeda seketika. Dia pantas mengambil diari kesayangannya untuk menulis.

'Wahai Faqihah,
Ketahuilah bahawa aku sangat menyayangimu walaupun kau bukan seperti yang ku dambakan. Aku sangat berharap aku mempunyai sahabat yang boleh membimbingku dan membawaku ke syurga Ilahi. Tetapi, aku tahu perancangan Allah itu lebih baik dari segala galanya. Allah itu lebih tahu apa yang aku perlukan. Faqihah, persahabatan kita dah hampir 9 tahun. Dan kita tak pernah berpisah sekalipun. Tetapi sekarang kita terpaksa berpisah demi jihad mecari ilmu. Kita dah tak boleh bersama selalu. Faqihah, mungkin aku bersikap dingin tetapi itu adalah aku. Aku tak nak kau masih bersifat kebudak budakan kerana kau dan aku dah jauh. Aku dah tak ada untuk jaga kau macam selalu. Sebab itulah aku berharap sangat kau matang dan jaga diri elok elok. Aku risau kau mudah terpengaruh. Faqihah orangnya secantik namamu iaitu Yang mengerti bijaksana, ketahuilah bahawa aku berharap persahabatan kita akan kekal sampai bila bila hingga ke syurga Ilahi. Awak tahu tak Faqihah, takdir Allah itu indah sebab nama kita hampir sama Faqihah dan Farihah = FF = Friend Forever. How sweet Allah kan. ^_^

Farihah mengelap air mata yang mengalir di pipi dan menutup diari kesayangannya. Sungguh dia sangat menyayangi Faqihah. Alahai, emosi betul aku malam ni. Farihah kembali mengambil buku yang dibaca sebentar tadi 'Indahnya Ukhuwah Kerana Allah'.

~

"Faq jom lepak!" ajak rakan sebilik Faqihah iaitu Raina.

"Tak nak lah. Buang masa tahu." mendatar saja dia menolak ajakan Rania.

"Alah kau ni. Asyik duk dalam bilik sahaja. Cuba la sekali sekala keluar ambik angin malam." gesa Raina.

"Aku malas lah nak tukar baju. Aku malas nak keluar. Kau pergi jalah." Faqihah masih teringat pesan Farihah. Dia terpaksa mencipta alasan agar tidak keluar dengan Raina.

"Sampai hati kau kan taknak luangkan masa dengan aku. Bukan selalu pun aku nak ajak kau." Raina bernada sedih.

"Emmmm.... aku tak tahulah.." Faqihah ragu ragu. Bukan tidak kesian, tapi...hmmmm.

~

Bersambung. ^_^


Comments