Why Not? - Part 1 -

ASSALAMUALAIKUM

Sebelum hampa baca, make sure baca Bismillah dulu sebab ni cerpen budak darjah 4. Kehkehkeh., Macam budak budak tak cukup umur sangat, Tapi apapun hope terhibur ^_^ 

Cerpen ni ada 5 part. Hope korang sabar menunggu. Kehkehkeh. Selamat membaca eblibadi. :)

Part 1

"Can we be a bestfriend?" tanya Faqihah dengan nada perlahan.

"Yeah, why not." balas Farihah dengan nada bersahaja.

"Yeay! Mummy! I have a bestfriend now! Yuhuuu!" Faqihah menjerit keriangan. Siap berjoget lagi. Faqihah sangat bahagia mendapat kawan baik kerana sebelum ni dia selalu dibuli oleh budak budak nakal di sekolahnya. Dia sentiasa berdoa yang dia akan mempunyai seorang sahabat yang sudi berada bersamanya susah dan senang. Hihi. Baru darjah 4 dah bajet nak sahabat bagai. Hehe...

~

"Farihah......." panggil Faqihah dengan nada meleret sambil membuat muka comel.

"Yes Faqihah. Why? Ni mesti ada something kan awak?" tanya Farihah dengan muka tertanya tanya. Haha. Dia risau sebenarnya sebab Faqihah ni suka betul tanya dia benda pelik pelik. Tak padan dengan darjah 4 tapi suka tanya macam macam. Dia ingat aku tingakatan 4 kot. Im also darjah 4 hokay.

"Awak....awak kan pandai mengaji al Quran, tapi saya tak pandai. Hmm. Boleh awak ajar saya  tak?" tanya Faqihah dengan menundukkan mukanya.

"Why not? Saya ok je. Tapi saya rasa lebih afdhal kalau awak pergi belajar dengan guru yang lebih pandai dari saya." Huhu. Faqihah ni saja tau. Dia ingat aku ni terror sangat ke. Aku darjah 4 kot. Suka macam ni tau. Kang terajar ajaran sesat naya ja. Haih. Kalau tolak kang nanti merajuk pulak. Ya Allah macam mana ni. Hmm.

"Alaaaa. Tak nak! Saya nak belajar dengan awak jugak. By hook or by crook!" balas Faqihah sambil hentak kaki.

"Ya awak. Ok ok. Jangan hentak kaki awak. Umi saya cakap , Allah marah orang hentak kaki ni." balas Farihah dengan nada lembut.

"Yeay! Sayang awak! Meh nak peluk! Meh nak kiss sikit! Muah!" pantas Faqihah memeluknya dan menciumnya serentak.

"Eii awak ni! Saya tak suka lah!" tolak Farihah laju laju.

"Awak awak jap, saya nak tanya ni. Tadi awak cakap Allah tak suka orang hentak kaki kan? Kenapa ehh awak? Saya tak fahamlah." tanya Faqihah dengan muka innocentnya.

"Emm.. entahlah awak. Ummi cakap sebab kita ni perempuan. So tak elok. Ummi cakap nanti kalau saya dah besar saya fahamlah kenapa." Farihah membalas sambil menggaru kepalanya. Dia pun tak ingat sebenarnya. Kurang memahami apa yang ummi dia cuba sampaikan. Hehe.

"Alaaa. Takpa takpa. hehe. Awak! Bila kita nak mula belajar ni?"

"Malam ni pun boleh. Awak nak saya datang rumah awak or awak nak datang rumah saya?"

"Saya rasa kita ngaji kat rumah awak jalah. Rumah saya tak best. Bosan. Rumah awak dekat dengan air sungai. hehe. Lebih tenang gituu." tersengih Faqihah ketika menjawab.

~

Farihah dan Faqihah.

Mereka berdua ni baru berkenalan ketika di sekolah. Rumah mereka cuma mengambil masa selama 15 minit sahaja untuk sampai. Faqihah selalu berkunjung ke rumah Farihah kerana alasannya rumah Farihah lebih tenang. Ok. Faqihah ni budak yang suka bertanya pelbagai macam soalan yang memeningkan orang sekeliling. Haha. Farihah pula lebih tenang dan cool. Dia hidup dalam keluarga yang mementingberatkan agama. So dia lebih bersifat positif even baru berusia 10 tahun. Mereka cuma dari kalangan keluarga yang bersederhana.

Faqihah baru sahaja berpindah ke tempat tinggal berdekatan rumah Farihah. Ini yang membuatkan mereka menjadi lebih rapat. Ibu bapa Faqihah sentiasa sibuk bekerja sehingga membuatkan dirinya berasa sunyi. Namun, Farihah sering memberinya semangat bahawa ibu bapanya sedang mencari rezeki untuk kesenangannya nanti. Yaaa. Farihah yang baik hati. Hihi.

~


Bersambung...........^_^

Comments