S A H A B A T S E J A T I K U (2014)

 S A H A B A T S E J A T I K U : 1

"Mina kau ni kenapa?"tegas Syara bertanya.
"Kenapa apanya?"balas Mina sambil buat muka.
"Buat buat tanya pulak, aku debik kang!"
"Haa. Okay okay!"Mina surrender. Minah ni nmpak ja alim tapi brutal sbenarnya. Kalau dia cakap tu memang dia akan buat.
"Kau balik dengan laki mana tadi? Dah berapa kali aku pesan jangan mudah ikut lelaki yang tak kenal. Kalau dia buat apa apa kat kau macam mana? Aku sayang kau tahu tak?" Lemah suara Syara berkata. Dia tak sanggup nak melihat Mina dengan kegiatan sosialnya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk melihat rakannya berubah. ALLAH bantu aku!
'Mula dah bebel minah ni' hati kecil Mina berkata.
"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" tanya Syara apabila melihat rakannya hanya diam sambil memintal rambutnya.
"Dengarlah. Aku pun sayangkan kau. Dah kau tak payah nak risau sangat. Aku okey la."
"Mestilah aku risau kau tu kawan aku" Syara mula tersenyum.
"Okey la , Syara aku nak mandi ni. Badan rasa melekit lahh. Kau masak apa hari ni?" Mina pantas bangun untuk berlalu ke bilik tapi sempat lagi dia bertanya.
"Aku masak makanan kegemaran kau! Cepat mandi sana. Aku tunggu." lebar senyuman Syara menjawab soalan sahabatnya.
~
"Thanks wey sebab sudi masak kat aku. Sedap sungguh masakan kau! Untung sapa jadi laki kau nanti."puji Mina.
"Alhamdulillah. Suka betul aku tengok kau kalau kenyang. Alah, ni rezeki semua datang dari Allah. Dia yang pinjamkan aku sedikit kelebihan ni. Kau tak nak belajar masak ke?" balas Syara.
Syara mula bangun untuk mengemas meja makan dan dia berlalu ke dapur untuk mencuci pinggan yang dimakannya dengan Mina.
Syara meninggalkan Mina yang sedang termenung di meja makan itu.
'Belajar masak? Malas aku. Nanti kahwin aku belajar lah. Sekarang banyak lagi benda penting yang aku nak buat' rupanya Mina masih dibelenggu dengan soalan yang ditanya oleh Syara tadi.
'Aku mana pernah masuk dapur untuk masak. Dari kecil sampai sekarang semua bibik yang buatkan. Sekarang dapat pulak kawan yang baik, memang untung bebenor kau jah!' Mina ketawa jahat dalam hati.
Syara yang berlalu keluar dari dapur menegur sahabatnya " Mina kau fikir apa tuh? Jom borak kat depan. Rindu nak sembang ngan kau."
"Sorry weyh! Aku ada date lah."
Tersentap hati Syara.
Belum sempat Syara membuka mulutnya untuk menjawab , Mina terus bangun dan berlalu masuk ke biliknya.
Syara pantas mengikut Mina masuk ke biliknya. Dia ingin bertanya sahabatnya mahu ke mana
"Mina kau nak ke mana? Tinggal aku sorang lagilah malam ni" sayu ja suaranya berkata.
"Aku nak keluar kejap ja. Aku janji malam ni aku balik awal okay?"pantas Mina menjawab sambil menukar pakaian.
"Kau nak keluar dengan siapa?" Tanya Syara.
"Adalah. Kau tak payah tahu" rahsia Mina. Mana boleh bagitahu , kang tak pasal dapat tazkirah free. Malas aku nak dengar.
Mina meneliti pakaian yang dipakainya melalui cermin. Dress paras betis. Okay cun dah! Dia berlalu ke almari unyuk mengambil high heels yang sesuai untuk dipakai.
"Syara aku pergi dulu. Bye!" Mina pantas mengucapkan selamat tinggal apabila mendengar hon kereta di luar rumah.
"Takkan kau nak pakai macam ni Mina? Aurat sayang. Kalau tutup semua kan ...."
"Dah kau tak payah nak bagi aku tazkirah. Aku tak nak dengar."pantas dia mencelah sebelum Syara sempat menghabiskan ayatnya. Dia terus keluar rumah tanpa berpaling sudah.
Syara hanya memandang kereta yang dinaiki Mina berlalu pergi dengan hati yang mula sebak. Tanpa dia sedari air mata mula keluar dari kelopak mata setitis demi setitis.




S A H A B A T S E J A T I K U : 2
Berapa kali sudah Syara menutup mulutnya kerana asyik menguap. Nampaknya mata ni sudah tidak larat menahan kantuk. Tetapi mata tidak mahu terpejam akibat hati yang gusar memikirkan keberadaan sahabat kesayangan.
Jarum jam yang sedang bergerak diperhatikan. Jam sudah menunjukkan pukul 2 tetapi batang hidung Mina langsung tidak nampak lagi.
Sungguh Syara risau. "Mana la Mina pergi. Kalau jadi apa apa nanti macam mana. Ya Allah kau lindungilah sahabatku walaupun di mana dia berada." Dalam diam dia berdoa.
Hmm , baik aku pergi tenangkan diri dulu.
Syara mengatur langkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia ingin meluahkan rasanya bersama cinta hati yang sentiasa mendengar segala rintihannya.
Entah bila Syara terlelap. Tahu tahu jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Syara pantas bangun dan berlari ke bilik sahabatnya.
Hampa! Itu perasaan yang dia rasakan sekarang.
~
Pagi itu Syara menyediakan sarapan seperti biasa. Walaupun dia tahu sahabatnya belum pulang dari semalam.
Mana tahu nanti Mina pulang dia lapar , boleh la dia makan. Fikir hati Syara.
Syara tidak berputus asa membuat panggilan telefon kepada Mina. Namun satu pun tidak diangkat oleh Mina dari semalam.
Mungkin bateri telefon Mina habis kot. Syara cuba bersangka baik. Selesai sarapan seorang diri , dia bersiap untuk ke universiti yang tidak jauh dari rumah sewanya.
Ketika sampai di universiti , hati Syara bagaikan terpukul melihat Mina bersama rakan yang lain. Gembiranya Mina! 'Mina kenapa buat aku macam ni? Sampai hati kau kan?' Sakit sungguh hatinya sekarang tapi dia cuba menenangkan dengan menyebut kalimah kalimah suci Allah.
Mina yang terasa dirinya diperhatikan oleh seseorang pantas berpaling. Dia terperasankan kelibat Syara dari jauh dan jari Syara yang sedang mengelap air mata. Menangiskah dia?
'Alahai Syara ni! Macam budak kecik pulak. Takkan pasal semalam pun nak terasa.' Hati Mina berkata kata.
Mina memang sengaja tidak mahu mengangkat panggilan telefon Syara pun. Dia malas mahu mendengar tazkirah Syara. Semak otak je!
Syara terus berlalu dari situ untuk masuk ke dewan kuliah.
Hakikatnya Mina tidak tahu yang sahabatnya risau , gelisah , gusar dan segalanya memikirkan keadaanya yang tidak pulang semalam. Mina ... Mina ...




S A H A B A T S E J A T I K U : 3

Syara cuba memberi perhatian kepada pensyarah yang sedang mengajar. Tapi...dia rasa satu pun tak masuk dalam otak.
Haishhh! Syara fokus fokus. Tak payah nak fikir sangat si Mina tu. Dia bukannya ingat dekat kau pun.
"Hei Syara! You termenung apa tu? Faham tak apa I terangkan ni?" Jerkah penyarah yang bernama Rohana itu. Pantang betul jika ada student yang tidak memberi perhatian.
Tersentak Syara dengan jerkahan itu. Dia pantas mengangguk tanda faham. Ya Allah! Malunya dengan rakan yang lain. Darah merah pantas menyerbu ke muka.
Dia mula beristighfar. Menenangkan hati.
Pensyarah itu menyambung kembali pengajarannya.
~
Mina sampai di rumah yang disewanya bersama Syara. Hari ni kelas dia cuma pagi sahaja.
Dia terus menonong masuk ke bilik dan terus merebahkan diri di atas katil. Letih yang dia rasakan sekarang. Semalaman enjoy mahunya tak letih.
Ketika dia berpusing untuk mendapatkan posisi yang lebih selesa dia terpandangkan sesuatu di cermin.
Kertas yang ditulis Syara ' Mina aku ada sediakan sarapan dekat kau. Mana tahu kau balik nanti lapar ke. Hope kau makan ya! Rezeki jangan ditolak yaa. Mina penat tau aku tunggu kau semalam. Please malam ni jangan tinggalkan aku lagi'
Mina jatuh terduduk. Jahat sangat ke aku buat dia macam tu? Syara maafkan aku! Aku tak sengaja....
Mina menangis teresak esak di tepi katil. Perasaan bersalah semakin kuat mencengkam sanubari.
~
Ketika Syara sampai di rumah. Jam tepat menunjukkan pukul 2 petang. Dia ingin menunaikan solat zohor terlebih dahulu.
Setelah selesai tanggungjawab yang satu itu , kakinya pantas berjalan menuju ke dapur. Dia mengangkat tudung saji , alangkah hibanya hati melihat sarapan yang disediakan pagi tadi masih belum dijamah.
Nak dibuang sayang , akhirnya Syara makan sarapan pagi tadi. Sementara menunggu nasi masak , eloklah perutnya dijamah dahulu. Hari ni dia tidak masak , kerana dia sudah membeli lauk.
Tetiba hatinya tergerak untuk ke bilik Mina.
Syara membuka perlahan lahan pintu bilik Mina. Nampaknya Mina sedang tidur dengan nyenyak. Tapi , Mina sudah menunaikan solat zohor ke belum?
"Mina ... Mina... bangunlah. Kau dah solat belum?" Perlahan suara Syara memanggil Mina.
Tapi masih tiada respon. Kesian nak gerak Mina bangun tapi kalau dia belum solat macam mana..
Walaupun dia masih terasa hati dengan Mina tetapi dia malas nak mengikut kata hatinya. Bukannya dia tidak kenal dengan perangai Mina.
"Mina kalau kau belum solat bangun lah tapi kalau dah , aku tak kisah kau nak terus tidur"ujar Syara.
Kemudian Syara terus keluar dari bilik Mina.
~
"Perlu ke minta maaf dekat dia? Jatuh la air muka aku. Haishhh! Tapi...." keliru Mina. Kalau dah ego tu , ego juga lah.
Tadi bukan main aku nangis , rasa bersalah bagai. Tapi kenapa sekarang aku rasa macam tak bersalah pulak. Benda kecik je pun. Alah , Syara kan perasan bagus macam ustazah! Mesti dia maafkan aku walaupun aku tak minta maaf. Hahaha.
Solat? Nanti je lah aku buat.
Mina .. Mina ..
Nampaknya hati dia masih keras.



S A H A B A T S E J A T I K U : 4
Mina berjalan menuju ke dapur. Lapar pulak perut ni. Harap si Syara tu masak la. Kalau tak masak siap dia aku kerjakan. Huh!
"Haa. Bangun dah sahabat aku ni. Dah solat belum ni?" Syara pantas menegur sahabatnya sebaik sahaja ternampak kelibat Mina di dapur.
"Hmm...kau masak tak? Aku lapar dah ni" soalan dibalas soalan. Asyik tanya aku solat ke tak. Bukan nak tanya aku lapar ka apa ka.
"Marilah makan. Aku masak simple je ni. Cukup kot untuk kita dua. Rindu nak makan dengan kau."
Mina cepat sahaja duduk untuk makan. Simple apa kebendanya... asam pedas tuu.. Syara kalau masak memang sedap sampai menjilat jari. Hehe.
Bukan main lagi Mina makan. Berselera sungguh dia.
~
"Mina petang ni jom teman aku pergi kedai buku? Boleh?" Tanya Syara ketika mereka berdua sedang bersantai di ruang tamu.
"Boleh jugak. Aku ingat nak pergi shopping apa apa yang patut."
"Kita pergi lepas asar okey"
"Baik boss! Nanti kau belanja aku makan nah!"
"Demi sahabat kesayangan aku nih , aku tak kisah. Kalau nak suruh aku beli satu shopping mall pun takda masalah" ujar Syara sambil berlawak.
"Amboi kau Syara , hiperbola melebih."
Kemudian terletuslah ketawa antara mereka berdua.
Hati Syara sangat bahagia ketika ini.
Ketika mereka sedang menonton tv , terdengar azan berkumandang tanda masuk waktu asar.
"Jom..solat dulu lepastu kita pergi"
Syara terus bangun menuju ke bilik.
Mina hanya melihat , kekadang itu terdetik juga dihati untuk bertaubat tapi ... entah la.
~
Setengah jam kemudian , Mina keluar dari bilik. T-shirt merah lengan panjang , seluar slack. Rambut diikat satu. Keluar dengan Syara takkan nak pakai seksi kot. Kang naya dapat tazkirah free.
Syara senyum melihat sahabatnya itu. Dalam hati dia berkata 'kan comel kalau sahabatku ini pakai tudung , tapi ... hmmm'.
"Okey jom." Ajak Syara.
"Kau okey tak aku pakai macam ni? Mana tahu kau malu ke jalan dengan aku" tanya Mina.
"Allah , takda sebab aku nak malu. Kau kan sahabat aku."
~
Syara memandu keretanya dengan tenang. Mina di sebelah hanya melihat ke luar tingkap.
"Sampai dah!"
"Pergi kedai buku dulu , lepastu baru shopping barang kau ok?" Tanya Syara.
"Okey je. Jom!"
Mereka berjalan beriringan menuju ke kedai buku MPH sambil diiringi lawak jenaka antara mereka.
Syara ingin membeli dua buah novel karya Hana Ilhami yang bertajuk Ya Maulana dan Perempuan Lindungan Kaabah.
Selepas mendapatkan novel yang ingin dibelinya , dia pantas menuju ke kaunter bayaran.
Selesai membayar , dia mencari kelibat Mina. Ke mana la sahabatku ni pergi. Tadi cakap ada kat depan kedai ni.
"Hai Syara!" Tiba tiba ada seseorang yang sangat dikenalinya menegur.
Syara terkejut melihatnya.
Mina yang memerhati dari jauh , tertanya tanya siapakah gerangan tersebut.




S A H A B A T S E J A T I K U : 5
Mina berjalan mendekati sahabatnya Syara lalu bertanya "Siapa ni Syara?"
Tanpa sempat Syara membalas ,
"Hai aku Zara! Nice to meet you." Gerangan di sebelah Syara terus memperkenalkan diri sambil tersenyum sinis.
Mina hanya tersenyum tapi apa motif dia tersenyum sinis? Pelik.
Syara hanya diam.
"Well ... Syara. Ni lah sahabat yang kau banggakan sangat tu?" Sinis sungguh pertanyaann Zara.
"Zara aku tak nak gaduh dengan kau. Kau sahabat aku. Dia sahabat aku. Tak lebih tak kurang. Tapi kau yang selalu menjauhkan diri kau dari aku. Kenapa?" Balas Syara.
Dia mengisyaratkan matanya kepada Mina tanda menyuruhnya diam. Biar Syara sendiri yang menyelesaikan urusan tersebut.
"Kenapa kau sanggup kawan dengan orang macam ni? Sosial terlebih. Kau ingat aku tak tahu yang kawan kau ni selalu keluar lewat malam. Perempuan jenis apa macam tu? Kau nak rosakkan diri kau ke dengan berkawan dengan perempuan macam ni." Pedas ayat yang keluar dari mulut Zara.
Mina terus berlalu pergi. Malas mahu melayan kawan si Syara tu. Mentang mentang lah korang tu alim , bajet ustazah , suka hati ja nak kutuk orang macam aku. Buat macam aku takda perasaan pulak. Panas sungguh hatinya yang dirasakan sekarang.
Syara hanya memandang Mina yang meninggalkannya.
"Zara kenapa dengan kau ni. Sampai hati cakap kawan aku macam tu. Aku kawan dengan dia ikhlas. Aku tak kisah perangai dia macam mana sebab aku dah berazam nak ubah dia jadi lebih baik. Kau tak faham." Sedih nada suara Syara.
"Apa kau kata ? Aku tak faham? Okey , kau cuba explain apa yang aku tak faham." Balas Zara.
Suasana menjadi tegang antara mereka. Tetapi Syara cuba menenangkan hatinya.
"Zara aku nak bantu dia. Aku tak nak dia terus hidup macam tu. Kita sebagai saudara seislam takkan nak biarkan dia terus hanyut dengan dunia dia. Lagipun Zara , Mina tu takde la seburuk yang kau sangka. Bagi aku dia tetap sahabat sejati aku sampai bila bila." Tenang suara Syara menjelaskan.
"Haishh! Susah la cakap dengan orang yang berlagak hati suci murni ni. Kau tahu tak , sebab kau kawan dengan dia lah hubungan kita jadi renggang. Tah tah kau kawan dengan dia sebab nak kikis harta tak?"
"Allahu.. Zara tak baik fitnah. Takda sebab aku nak kikis harta dia. Aku sayang dia. Aku dah anggap dia macam adik aku. Zara kenapa jadi macam ni."
Syara cuba menahan tangis. Dia tak tahu kenapa sikap Zara berubah semenjak dia mula menjadi sahabat kepada Mina.
"Yelatuu.."balas Zara dengan sinis. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Syara.
Zara sakit hati sangat dengan jawapan Syara. Dia bukan tak boleh terima Mina tu tapi masalahnya dia cemburu dengan sikap ambil berat yang ditunjukkan Syara kepada Mina. Apa yang pasti dia sangat jealous!
~
Syara membuat panggilan telefon kepada Mina. Namun satu pun tidak diangkatnya.
Mina...please angkat telefon.
Akhirnya.."Assalamualaikum , Mina! Kau kat mana? Kau okey?"laju sahaja suara Syara bertanya.
"Emm..aku okey ja. Aku ada kat Starbucks ni. Kau datang ahh."
Belum sempat Syara membalas , Mina sudah mematikan panggilan telefon. Nampaknya Mina tengah marah. Hm..
~
Mereka pulang bersama. Di dalam kereta , Syara memulakan perbualan "Mina , kau takyah nak ambil hati eh dengan apa yang dikatakan Zara tadi. Aku pun tak tahu kenapa dengan dia. Dulu aku dengan dia sahabat baik. Tapi sejak aku sahabat dengan kau , dia menjauhkan diri. Dia cakap aku ni lebihkan kau."sayu suara Syara menjelaskan.
Mina hanya mendengar tanpa mahu membalas apa apa.
Syara sedih sangat. Dia tidak mahu hubungan yang terjalin antara mereka putus disebabkan perasaan 'jealous' yang wujud dalam hati.
Allah.. Bukakanlah pintu hati Zara.

Comments