Why Not - Part 3

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim. Huhu. First sekali, nak minta maaf sangat sangat sebab mengambil masa sebulan untuk update part seterusnya. Maaf ok sayang sayang sekalian. Insha Allah part 4 dan 5 tak ambil masa lama. Saya pun sebenarnya tak sabar sabar nak habiskan. Hehe. ;)


Part 3 

Farihah berjalan perlahan menuju ke arah blok tempat tinggal Faqihah. Kan dia dah janji nak datang tapi itulah sepatutnya dia pergi hari Jumaat tapi disebabkan sibuk sangat dia tak jadi datang. Harini hari Sabtu, so dia cuti and ambil kesempatan nak datang melawat Faqihah tapi sekalipun dia tidak memberitahu Faqihah akan kedatangannya. Sengaja mahu buat suprise. Heheh.

"Assalamualaikum!" Farihah memberi salam sambil mengetuk pintu dengan perlahan. Dia melihat jam seketika. Emm, awal lagi. Baru pukul 8.30 pagi. Tapi takkan tak bangun lagi.

"Assalamualaikum!"

"Assalamualaikum!"

Farihah berjeda seketika. Aik, mana orang dalam bilik ni.

Dia baru berura ura mahu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Faqihah tiba tiba pintu terkuak. Terjengul satu wajah yang tidak dikenalinya yang gaya macam baru terjaga dari tidur.

"Err.. maaf ganggu, ini bilik Faqihah kan?" tanya Farihah ragu ragu. Mana mungkin dia boleh tersilap.

"Emm.....yaya betul lah tu. Ni mesti sahabat dia Farihah kan? Masuklah dulu. Jap I nak cuci muka." Dia membuka pintu dan terus ke bilik air.

Farihah masuk dan memerhati sekeliling tapi dia tidak nampak langsung bayang Faqihah. Emm, dia keluar kot. Farihah cuba menyedapkan hati.

Kawan sebilik Faqihah, Lisa memberikan satu mug air nescafe kepada Farihah. Dia pelik dengan kedatangan Farihah pagi ini.

"Kenapa you datang sini?" tanya Lisa mendatar.

"Saja nak melawat Faqihah. Dia ke mana ya?"

"Dia takda. Tak balik dari semalam sejak keluar dengan Rania semalam. I pun tak tahu diaorang ke mana." jawab Lisa sambil memerhati Farihah.

Lisa ni bukannya rapat sangat dengan Faqihah dengan Rania. Dia tahu tentang mereka serba sedikit sahaja. Huhu.

"Ya? Mereka selalu tak balik ke?" tanya Farihah lagi. Hatinya mula berlagu risau. Risau memikirkan Faqihah. Selalunya kalau dia keluar dia selalu memberitahu Farihah. Tapi semalam waktu mereka ber'call' takda pulak dia beritahu.

"Rania tu selalu ja keluar malam and selalu tak balik. Tapi semalam Faq tetiba ikut dia. And tak balik sampai sekarang.  I pun tak tahu sangat. Tapi rasanya ni first time Faq tak balik bilik." Lisa menggaru kepalanya.

Farihah mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Faqihah. Tetapi hanya voice mail yang masuk. Ini lagi menambahkan kerisauan yang sedia ada.

"Haih voice mail pulak." Farihah mengeluh.

"Jap eh you. I nak mandi. You duduk la sini. Mana tahu nanti dia balik kot." Lisa mengundur diri ke bilik air.

'Where are you Faqihah? Suka buat aku risau macam ni tau. Haish.' bebel Farihah dalam hati.
Farihah membuat panggilan sekali lagi, namun hampa. Hmm. Dia cuba positifkan diri dari berfikir yang bukan bukan. Dia berzikir untuk menangkan hati yang sedang gusar ini.

~

"Faq bangunlah! Faq! Faq! Bangun! Kau ni." Rania pantas menggerak Faqihah yang nampak lena tidurnya. Dia baru mendapat panggilan dari Lisa yang mengatakan bahawa Farihah datang untuk melawat Faqihah.

Rania sangat benci dengan kawan Faqihah yang bajet ustazah tu. Benci betul aku. Nasib Faq tak jadi macam kawannya itu. Eii, menyampah betul tengok.

Semalam sengaja dia memujuk rayu Faqihah supaya temannya ambil angin malam, padahal dia sengaja mengajak Faqihah untuk ke parti hari jadi kawannya. Dia tahu, kalau dia cakap hendak ke parti pasti Faqihah tidak mahu ikut, konon Farihah tak bagi lah. Tak boleh lah. Bla bla bla. Semua Farihah sahaja. Benci betul.

Semalam dia sengaja meletakkan pil khayal ke dalam minuman Faqihah. Faqihah yang mulanya mengamuk akhirnya reda selepas Rania mengatakan mereka hanya sebentar. Selepas minum mereka akan terus balik. Haha. Perangkap sudah mengena.

Faqihah terus khayal setelah minum dan dia mula bersuka ria dan menari mengikut rentak muzik. Mereka berparti sehingga ke lewat malam , yang akhirnya semua tertidur di tengah tengah ruang tamu itu bercampur lelaki dan perempuan.

"Faq! Bangunlah!! Hey!" Rania terus menggoncang kuat bahu Faqihah. Dia melihat sekeliling rakan rakannya yang lain yang terpisat pisat terjaga mendengar jeritannya. Mujur semuanya dalam keadaan baik baik sahaja. Takda yang 'musnah'.

Faqihah terkejut jaga mendengar namanya dipanggil. Dia terus bangun dan memegang kepalanya yang terasa pening. Dia melihat sekeliling. Ada lelaki dan perempuan yang masih tertidur dengan nyenyak.

"Aku dekat mana?" tanya Faqihah dengan pantas.

"Kau kat rumah kawan aku lah. Kan semalam kita berparti. Aku ingat kau ni baik sangat, rupanya dua kali lima sahaja dengan aku. Bukan main ya kau semalam." kutuk Rania sambil tertawa dalam hati.

"What?! Seriously?" dia bertanya sekali lagi dengan kuat. Terlayang satu persatu apa yang terjadi semalam. Dia melihat badannya. Huh! Nasib!

"Hmmm..." dia cuma mengeluh. Terkejut dengan apa yang terjadi. Pelik jugak bila dia menari sakan semalam... Bercampur laki perempuan. Dia memegang rambutnya.. What! Rambut?! Tudung?! Astaghfirullah. Apa sudah jadi dengan aku ni?

"Weyh! Kau menung apa haa! Pergi balik sekarang! Lisa call cakap kawan syurga kau tu datang melawat kau." terus Rania terjah Faqihah yang sedang termenung itu.

"Hah!? Farihah datang? Habisla aku. Apa aku nak cakap nih? Kau kena tolong aku back up aku weyh!" Faqihah terus merayu dekat Rania agar menolongnya. Ni kalau Farihah tahu, memang tempah maut la dia. Haih.

Faqihah... Faqihah... What happen ha? Kau tak takut Allah? Dia bersoal jawab dalam hati. Erk. Aku bukan buat apa sangat pun. Enjoy sikit ja. Takkan tu pun salah.

Faqihah terus bersiap untuk pulang.

~

"Assalamualaikum.. Farihah! Miss you so so so so much!" Faqihah terus berlari memeluk Farihah selepas ternampak kelibat Farihah.

" Waalaikumusalam. Faq! Awak pergi mana ha? Tahu tak saya risau? Hmm?" sambil menolak pelukan Faqihah dia bertanya.

"Emm, sorry. Semalam saya tidur rumah keluarga Rania. Diaorang ada buat kenduri." sambil menjeling Rania. Maafkan aku Farihah. I need to lie you.

Rania menjuih bibirnya. Meluat mendengar penipuan Faqihah. Dia terasa mahu memberitahu alasan sebenar. Tapi saja nak tengok sandiwara di hadapannya ini. Haha.

Lisa cuma memerhati dan mengangkat keningya bertanya Rania. Dia tahu itu cuma satu pembohongan. Kenduri la sangat kan... Tah tah berparti.

Rania hanya tersenyum sinis.

"Jom Farihah, kita keluar. Banyak benda nak story dengan awak ni." ajak Faqihah sambil tersenyum panjang. Kes pembohongannya dia ketepikan. Sekarang dia kena manfaatkan masa yang ada bersama Farihah.

~

Farihah selamat sampai ke rumah sewanya. Haih. Leganya hati.

Setelah mandi dan solat, Farihah membaringkan dirinya sambil memerhati kipas syiling yang berpusing.

'Faqihah kenapa saya rasa macam awak ada sembunyi something dari saya? Saya rasa macam awak bohong saya. Hmm. Kita kawan dah lama. And selama kita kawan awak tak pernah berjaya tipu saya. Adakah sekarang awak tengah menipu saya atau cuma fikiran saya? Saya cuba bersangka baik, tapi taktahu kenapa saya rasa lain. Lain sangat dengan diri awak hari ni. Kalau awak pergi kenduri rumah Rania, tapi kenapa Lisa tak pergi? Kan mereka sebilik? Mustahillah kalau Rania tak panggil. Hmm, Lisa pun macam taktahu apa apa. Hmm, pelik. Hmm' Farihah bermonolog dalam hati.

Kepenatan badannya membuatkan dia cepat terlena sambil memikirkan kebuntuan yang merisaukan hatinya.

~

"Jom Faq?" ajak Rania malam itu.

"Esok jelah. Aku malas ni. Penat tak hilang lagi." balas Faqihah sambil menutup lampu tidurnya. Dia rasa penat sangat setelah seharian bersama Farihah.

"Hmm, yalah." Rania mengalah.

Dia membelek telefon bimbitnya. Dia membuka gallery dan melihat gambar satu persatu sambil tersenyum jahat. Hhahaha. Nahaslah kau Faqihah. Tunggulah.~

Bersambung.

Comments